Tuesday, 18 July 2017

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM (DUA 6022)

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM (DUA 6022)
BAB 2 : KONSEP PENYIARAN


  1. Khairol Azman Bin Zakariya                            02DAD15f1042
  2. Muhamad Ikram Ziyad Bin Kamarul Arifin     02DAD15f1018
  3. Muhammad Zahir Bin Zulkifli                          02DAD15f1029
  4. Muhammad Mustaqim Iqmal Bin Shamsui      02DAD15f1056
  5. Muhammad Nuramin Bin Kanan                      02DAD15f1020
  6. Nurasidiq Bin Supangat                                    02DAD15f1022

2.0 Pengenalan
      Penyiaran di Malaysia bermula sekitar tahun 1930-an, iaitu melalui kemunculan Radio Amatur Kuala Lumpur menerusi udara yang berlangsung selama tiga kali seminggu dan setiap kali berlangsung dua jam. Menurut sejarah awal bidang penyiaran ini, falsafah awal penyiaran di Malaysia adalah berasaskan falsafah pemikiran British. Pengaruh mereka amat kuat dengan perlantikan Pengarah Penyiaran yang terdiri daripada warga British, iaitu David Lyttle. Selepas empat tahun, barulah jawatan tersebut digantikan dengan anak tempatan, iaitu Dol Ramli.
       Pada peringkat awal penyiaran di Malaysia, rancangan agama hanya diberi ruang masa penyiran yang kecil berbanding dengan rancangan kategori hiburan. Data daripada Jabatan Penyiaran Malaysia menyatakan bahawa rancangan agama pertama kali disiarkan oleh radio pada pertengahan tahun 1950-an hingga 1960-an. Walaupun begitu, pada tahun 1957, terdapat arahan daripada kerajaan supaya siaran azan disiarkan oleh Radio Malaysia. Begitu juga, siaran bacaan al-Quran diperdengarkan pada permulaan dan penutup rancangan.
      Siaran rancangan agama lebih aktif di sekitar hujung tahun 1960-an apabila Bahagian Melayu dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan rancangan-rancangan agama. Beberapa orang orang penyiar yang mempunyai latar belakang pendidikan agama mula dilantik sebagai penerbit. Walaupun pada peringkat awal, perlantikan mereka tidaklah khusus sebagai penerbit rancangan agama.
      Namun begitu, pada sekitar tahun 1971, banyak tuntutan dan desakan daripada masyarakat Islam yang menghendaki rancangan agama yang lebih banyak disiarkan melalui radio dan televisyen. Program agama di televisyen pula hanya disiarkan selama 30 minit seminggu sehingga tahun 1973 disebabkan oleh masalah aspek teknikal yang lebih sukar berbanding dengan radio. Setelah menyedari kelemahan tersebut, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mula mewujudkan Unit Agama dan Dakwah yang selaras dengan penstrukturan semula unit-unit lain.





2.1 Garis panduan penyiaran
       Garis panduan penyiaran adalah merupakan satu perkara penting bagi melindungi kepentingan orang awam, Negara dan kerajaan daripada anasir-anasir yang boleh mengancam perpaduan dan pertumbuhan Negara yang disebarkan oleh media penyiaran. Tujuan garis panduan ini adalah untuk memastikan semua bentuk penyiaran melalui radio dan televisyen di malaysia memenuhi dasar-dasar dan inspirasi Negara kea rah mencapai wawasan 2020.
Garis panduan ini ditujukan kepada mereka yang terliat dalam penerbitan dan penyiaran apa jua bahan siaran di radio dan televisyen. Semua stesen radio dan televisyen yang dilesenkan di bawah Akta Penyiaran 1988 (Pindaan 1996), mesti menggunakan garis panduan ini. Antara garis panduan yang mesti dipatuhi oleh setiap stesen penyiaran adalah dari segi bahan-bahan siaran sama ada ia merupakan bahan yang boleh disiarkan atau sebaliknya.
Antara bahan siaran yang harus mematuhi garis panduan tersebut ialah siaran berita dan siaran hiburan. Ciri-ciri siaran berita yang boleh disiarkan adalah bahan tersebut mestilah menyokong wawasan Negara, menghormati sensitivity atau kepekaan rakyat, dan memaparkan keindahan dan kemajuan Negara. Manakala , ciri-ciri siaran berita yang tidak boleh disiarkan adalah bahan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang individu, menjejaskan imej malaysia dan memperkecilkan Negara yang ada hubungan baik denganya serta menimbulkan sentiment kesukuan, keagamaan, asal keturunan dan antara golongan.
Seterusnya, ciri-ciri siaan hiburan yang boleh disiarkan adalah lagu-lagu yang sesuai dengan cita rasa majoriti masyarakat malaysia dan mencerminkan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Serta muzik, nyanyian, seni lakon dan seni tari yang membina watak dan peribadi manusia yang sihat, berbudi bahasa, cergas dan maju. Manakala, siaran hiburan yang tidak boleh disiarkan adalah, tarian-tarian tidak sopan dan bertentangan dengan seni tari malaysia. Seni kata yang menghina agama, bangsa dan yang menyinggung peribadi sesorang juga tidak boleh disiarkan.
Terdapat juga garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian dalam siaran hiburan. Antaranya, dari aspek perihal artis, iaitu rambut artis lelaki tidak boleh panjang, rambut mesti disikat dengan rapid an didandan dengan kemas. Dari segi pakaian pula, pakaian artis lelaki mestilah lengkap, kemas dan sopan, seluar yang tidak terlalu ketat dan tidak boleh memakai subang pada bahagian telinga dan hidung. Bagi artis perempuan pula, pakaian mereka mestilah tidak mendedahkan sebahagian besar dada dan perut, skirt mestilah lengkap, kemas dan sopan.
Dari aspek tata kelakuan pula,artis tersebut mestilah tidak membuat pengucapan yang menggalakkan kea rah kemungkaran atau menyentuh sensitiviti agama atau kaum melalui lirik lagu, skrip komedi atau drama. Dan mereka juga tidak terikat atau melibatkan diri dengan apa-apa perkara atau perlakuan yang boleh dianggap sebagai keruntuhan akhlak atau antisosial. Manakala, penerbit dan pengarah pula, sekiranya penerbit dan pengarah yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral, mereka akan didakwa dan disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman.

PENGERTIAN PENYIARAN DAN PENYIARAN ISLAM
PENYIARAN
Berdasarkan kamus dewan (2007), penyiaran didefinasikan sebagai aktiviti mengadun atau memancarkan rancangan radio dan televisyen kepada khalayak di sekitar kawasan yang dapat diliputi oleh alat penerima siaran dengan menggunakan system analog, satelit atau kabel. Dari segi bahasa (etimologi), penyiaran bererti proses, cara dan perbuatan menyiarkan. Dari segi istilah (terminologi) pula, penyiaran bermaksud proses komunikasi yang disampaikan kepada audiens, iaitu suatu proses pengiriman maklumat daripada seseorang kepada masyarakat melalui proses pemancaran elektromagnetik atau gelombang yang lebih tinggi (J.B Wahyudi, 1996).
Penyiaran islam ialah suatu aktiviti yang dipancarkan kepada khalayak berasaskan nilai-nilai keagamaan dan terjamin kebenarannya serta membawa keselamatan dalam kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Menurut ramli abd.rahim (1993), penyiaran azan menandakan waktu solat TV1 dan segmen doa TV3 tidak cukup untuk memberi gambaran bahawa persembahan televisyen kita sudah islamik. Begitu juga, kebanyakan masyarakat berpendapat bahawa penyiaran islam hanya mampu kepada program berbentuk ceramah, forum atau soal jawab agama sahaja dan sesetengah orang pula beranggapan bahawa penyiaran islam tidak wujud.
Menurut pandangan Abdullah nasih `ulwan dan eric A. winkel yang mengatakan banyak program televisyen menyebarkan kemungkaran seperti pemaparan adegan-adegan lucah dan ganas dan perkara ini bertentangan dengan maqasid al-syariah yang menegah perkara berikut, menurut zulkiplie abd. Ghani (2003) pula, mengatakan salah satu cara yang membolehkan amerika syarikat mengembangkan dominasi ekonomi mereka dengan mengimport program penyiaran yang khususnya dari negar-negara barat.

Konsep penyiaran islam
Konsep penyiaran islam yang asas adalah bergantung kepada tasawurkemanusiaan yang dilihat dari perspektif islam, iaitu hubungan tiga segi antara Allah STW, manusia dan masyarakat (Islamic triangular relationship) (Ibrahim Abu Nab, 1984).
Melalui hubungan dengan Allah, manusia berkomunikasi dengan Allah secara vertical untuk memenuhi asas penciptaan. Dan semua kerja hendaklah sehingga menghasilkan output penyiaran yang dianggap ibadah sekiranya ikhlas kerana Allah. Seterusnya, hubungan dengan manusia. Manusia telah dilengkapkan keupayaan mendegar, melihat, kognitif dan boleh membezakan antara baik dengan buruk. Penyiaran ini dianggap sebagai jalan bagi mengenali Allah. Dan akhir sekali, hubungan dengan masyarakat. Akhlak merupakan prinsip asas dalam merancang fungsi penyiaran. Oleh itu, objektif tertinggi penyiaran islam adalah memperoleh keseimbangan spiritual dan fizikal masyarakat.
Zulkiplie Abd. Ghani, 2009, mengatakan bahawa penubuhan media penyiaran yang berkonsepkan islam dilihat sebagai satu perubahan yang mengikut peredaran masa dan sesuai dengan masa kini. Media penyiaran islam dilihat semakin mendapat perhatian dan mencetuskan fonomena positif dalam kalangan masyarakat. Penubuhan media penyiaran yang berkonsepkan islam merupakan sebuah platform baharu untuk mengembangkan dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Dan seterusnya membantu untuk memberi kefahaman mengenai islam yang mendalam mengenai islam yang mendalam dan mudah melalui bentuk audiovasiul kepada audiens.

AKTA PENYIARAN
Akta penyiaran mengandungi peruntukan mengenai kawalan perkhidmatan penyiaran dan bagi perkara yang berkaitan denganya. Terdapat lima bahagian berasingan di bawah akta penyiaran 1988 ini. Kuasa yang diwujudkan di bawah akta penyiaran 1988 adalah mutlak dan dikawal oleh menteri penerangan. Tujuan akta ini diwujudkan adalah untuk memastikan TV3 atau mana-mana institusi penyiaran yang mungkin akan wujud pada masa akan datang tidak dapat mengeakkan daripada kawalan kerajaan.
Pada tahun 1996,akta ini telah dipinda dan dinamakan akta penyiaran (pindaan) 1996. Namun pada tahun 1996 juga telah wujud rancangan multimedia suoer corridor (MSC). Maka, akta ini telah dimansuhkan dan diganti dengan akta baharu, iaitu akta komunikasi dan multimedia 1998. Akta komunikasi dan multimedia 1998 (akta 588) ini mengandungi segala pindaan hingga 1 januari 2006. Akta ini mengandungi 11 bahagian dengan 282 seksyen.

Peraturan 1991
Peraturan penyiaran  (lessen penerima siaran televisyen dan pihak yang terlibat dalam siaran televisyen dan radio) 1991 (peeraturan 5) mengandungi empat bahagian . peraturan ini dibuat bertujuan untuk memastikan setiap pemilik stesen penyiaran atau media cetak perlu mempunyai lessen. Pemberian lessen ini bukan shaja merupakan sesuatu bentuk galakan kepada penggunaan media dan teknologi komunikasi, bahkan merupakan salah satu langkah penemokrasian maklumat di Negara ini di bawah kebebasan asasi fikiran.
Peraturan peyiaran (lessen penerima siaran televisyen  & pihak yang terlibat dalam siaran televisyen dan radio) 1991 (peraturan 5) adalah seperti berikut . bahagian pertama , peraturan ini dikenali sebagai peraturan penyiaran 1991 (lessen penerima siaran televisyen & pihak yang terlibat dalam siaran televisyen dan radio) berkuat kuasa pada 1 julai 1991.
Bahagian kedua pula, menekankan bahawa pemengang lessen tidak dibenarkan memindahkan atau melupuskan sebarang lesen yang dikeluarkan. Dan pihak berkuasa perlesenan mempunyai kuasa untuk memeriksa lesen apabila perlu pada masa yang sesuai. Seterusnya, bahagian ketiga, mengatakan bahawa lesen yang dikeluarkan adalah untuk tujuan kegunaan satu atau lebih siaran televisyen oleh pemengang lesen, ahli keluarganya dan pekerja domestik yang tinggal bersama-sama dengan pemengang lesen tersebut. Bagi siaran televisyen yang terdapat didalam  kenderaan bermotor, pesawat udara atau kenderaan air, satu lesen yang berlainan diwajibkan. Dan akhir sekali, bahagian keempat, mengatakan bahawa lesen tersebut hendaklah dalam bahasa melayu dan mempunyai butir-butir seperti nama, kad pengenalan dan alamat pembeli, pemilik atau penyewa dan sebagainya yang diperlukan oleh pihak berkuasa perlesenan dari semasa ke semasa.

KOD ETIKA PENYIARAN ISLAM
Kod etika penyiaran merupakan garis panduan kepada penyiar media penyiaran sama ada penerbit, pengarah, pembekal rancangan, pengiklanan, juruhebah, wartawan, artis, petugas atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dalam penyiaran.
Kod etika penyiaran ini dirangka untuk melindungi kepentingan orang awam, Negara dan kerajaan daripada anasir yang boleh mengancam perpaduan dan pertubuhan Negara yang disebarkan melalui media penyiaran. Setiap bentuk persembahan penerbitan rancangan yang disiarkan melalui saluran radio dan televisyen mana-mana media penyiaran di malaysia, sama ada terbitan dalaman atau dibekalkan oleh pihak luar, wajib mematuhi undang-undang Negara, peraturan-peraturan dan nilai-nilai yang sedia ditetapkan.
Satu rangka kod kandungan telah digubal untuk mempertingkatkan karya dan kretiviti di samping memelihara aspek nilai-nilai keagamaan, sosiobudaya berbilang kaum dan peka terhadap senstiviti di malaysia seperti, melarang kandungan yang tidak sopan seperti bahan yang menyinggung, sombong dan bertentangan dengan perlakuan yang diterima pakai oleh masyarakat setempat. Contohnya, dari segi pakaian, kelakuan, percakapan, bunyi, simbol dan grafik.
Selain kod kandungan untuk memelihara nilai-nilai keagamaan, sosiobudaya dan senstiviti, kod perlindungan kanak-kanak juga digubal untuk menjaga perlindungan kanak-kanak. Antara yang digubal adalah berkaitan dengan bahasa yang digunakan harus memberikan teladan dan kesan yang baik kepada kanak-kanak. Penggunaan bahasa kesat, bahasa pasar, bahasa lucah dan bahasa yang memberikan konotosi interpretasi yang negative perlu dielakkan. Dan rancangan kanak-kanak mestilah didefinikan sebagai rancangan untuk mengisi keperluan, difahami dan dihargai kanak-kanak.
Akhir sekali, penggunaan bahasa yang merupakan satu perkara penting yang perlu difahami dan dipatuhi oleh media penyiaran. Antara perkara yang perlu dipatuhi ialah, bahasa tersebut perlulah berpandukan garis panduan dewan bahasa dan pustaka. Dan seboleh-bolehnya menggunakan bahasa melayu standard.

KOD ETIKA PENGIKLANAN
Kod iklan ini hanya diguna pakai terhadap iklan-iklan komersial yang disiarkan di stesen radio atau TV sahaja. Kod ini telah berkuat kuasa mulai 1 oktober 1998. Adalah menjadi kewajipan pemengang lesen penyiaran menentukan bahawa iklan yang disiarkannya mematuhi kod ini dan arahan yang diberikan oleh menteri dari semasa ke semasa.
Di dalam kod etika pengiklanan, terdapat tafsiran bagi sesetengah perkataan yang hendaklah digunakan secara tersurat dan tersirat. Kod ini hendaklah terpakai bagi semua urusan pengiklanan media elektronik di stesen radio dan TV.
Definisi lain pengiklanan, adalah iklan meliputi sebarang bentuk komunikasi dan institusi yang bertujuan mempromosi jualan barangan atau perkhidmatan tanpa mengambil kira bentuk media yang digunakan. Dalam iklan, kesopanan merupakan perkara penting untuk memastikan iklan tersebut tidak mengandungi apa-apa penyampaian secara oral atau visual yang bercanggah atau menghina kesopanan yang lazim dipraktikkan oleh masyarakat malaysia. Iklan yang disiarkan mestilah jujur, benar dan betul. Setiap iklan yang disiarkan juga perlulah menjaga privasi seperti tidak boleh menggambarkan atau merujuk, dalam cara mana sekalipun, hak peribadi atau hak awam mana-mana orang melainkan setelah mendapat kebenaran. Iklan tersebut juga hendaklah tidak mengandungi apa-apa yang mungkin mendatangkan atau menyokong perbuatan kekerasan, jenayah, penyalahgunaan undang-undang atau tingkah laku antisosial. Dan akhir sekali, iklan tersebut mestilah menghormati kemuliaan manusia dalam segala bentuk dan ungkapan.


2.2 BENTUK-BENTUK PENYIARAN
Media penyiaran memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat.

Terdapat 2 jenis penyiaran:
1.televisyen
2.radio
·         Dua medium ini menjadi alat utama pihak kerajaan untuk menyampaikan mesej-mesej pembangunan.
·         selain itu,menjadi alat hiburan dan pendidikan melalui program tv untuk masyarakat.
·         terdapat juga media penyiaran yang bermatlamat untuk penyebaran ilmu islam seperti TV ALHijrah dan lain-lain.
·         ini juga selari dengan konsep al-thabat ( tetap ) dan murumah ( fleksibel )

OBJEKTIF RANCANGAN AGAMA DI TELEVISYEN DAN RADIO
o   menguatkan akidah umat islam
o   memupuk semangat perpaduan
o   memupuk nilai kerohanian yang murni
o   menekankan konsep ad-din atau the way of life

2.2.1 MEDIA MASSA
Dari segi bahasa alat atau perantara komunikasi seperti radio,televisyen dan akhbar.Dalam bahasa arab ialah al-ilam berasal dari perkataan a’lam yang bermaksud alat penerangan.Dalam bahasa inggeris disebut sebagai Mass Communication yang bermaksud saluran penyampaian kepada masyarakat.

*      ALAN HANCOCK (1970) menterjemahkan media berasal dari perkataan medium yang merujuk kepada satu jalan atau cara komunikasi
*      CHRISTINE BECKERT (1992) sebagai satu kumpulan kerja yang disusun untuk menyampaikan mesej kepada kumpulan yang ramai masa pada yang sama.
*      CANGARA (2002)  merupakan alat yang digunakan dalam menyampaikan maklumat daipada sumber kepada masyarakat.
*      RAHMAT (2001) media massa pula ialah faktor lingkungan yang mengubah perilaku manusia melalui proses pelaziman klasik,pelaziman opera atau proses imitasi.
*      Pada zaman Rasulullah SAW mereka menggunakan syair,khutbah,seruan atau laungan di pasar.ini kerana untuk menarik minat orang bukan islam.selain itu,islam juga menggalakkan pengikutnya menggunakan media asalkan tidak bercanggah dengan islam dan hukumnya
*      media massa merupakan pendorong proses pembangunan Negara
            LERNER (1986) beliau mengaitkan manusia yang moden dengan pendedahan                            kepada media dan bependapat bahawa pembangunan sesebuah Negara tercapai            apabila  masyarakat menjadi giat dalam politik dan ekonomi Negara.
  
SCHRAMM (1976) dan ROGERS (1978) mereka menyatakan bahawa pembangunan berlaku apabila masyarakat menrima perubahan.

Roger memberikan peranan ‘magic’ kepada keupayaan media massa dalam pembangunan melalui formula ‘magic multiplier’


2.2.2 Media Cetak
Alat atau saluran komunikasi yang serupa bahan cetakan atau terbitan objek fizikal.selain itu,ia juga menyampaikan pesan-pesan dengan menggunakan kertas atau kain.
DENNIS MCQUIL (1987) media cetak mengandungi maklumat berkait rapat dengan masyarakat.ini kerana,untuk mengembangkan budaya,seni,simbol,norma-norma dan gaya hidup.

JENIS-JENIS MEDIA CETAK
v  BUKU
v  MAJALAH
v  RISALAH
v  SURAT KHABAR
Sejarah awal buku bermula apabila terhasilnya buku kuno.terhasilnya buku ini kerana mereka tidak mampu menghafal segala cerita.nyanyian,doa ataupun syair.buku kuno terhasil daripada daun papyrus

Gambar 2.1.1 Daun Papyrus
Mesir merupakan bangsa pertama yang menggunakan tulisan hierogrif yang ditulis pada batu-batu dan kertas papyrus pada sekitar 2400 s.m. selain mesir bangsa romawi juga memakai kertas papyrus.

Gambar 2.1.2 Tulisan Hieroglif


MAJALAH
Majalah adalah kumpulan berita,cerita dan sebagainya.majalah juga dalam bentuk lebaran folio dan kuarto.selain itu,majalah juga dijilid seperti buku tetapi diterbitkan berkala seperti seminggu  dua minggu sekali dan sebulan sekali.
JOHN MERRILL dan RALPH LOWENSTEIN majalah boleh dikategorikan kepada 2 iaitu:

2.2 Jenis majalah


KEMUNCULAN MAJALAH

Review ENGLAND
Gabungan majalah dengan akhbar
Tatler   ENGLAND
Majalah mengandungi artikel berkaitan sastera
General magazine AMERIKA SYARIKAT
Disarankan kepada golongan elit seperti orang yang pandai
Hisrorial chronicle AMERIKA SYARIKAT
Disarankan kepada golongan elit seperti orang yang pandai
Khizanah al-Ulum
Umum
Al-Imam
Umum

RISALAH
Bermaksud karangan yang ringkas mengenai sesuatu perkara dan juga bahan-bahan edaran atau siaran.risalah akan dihasilkan melalui tiga kombinasi seperti tipografi,ilutrasi dan reka letak.kombinasi ini adalah untuk menarik minat pembaca dan risalah juga perlu ringkas dan tepat.


2.3 Contoh Risalah

SURAT KHABAR
Bermaksud kertas yang dicetak dan menyiarkan berita dan lain-lain.surat khabar merupakan terbitan berkala seperti harian,mingguan dan bulanan.
Akhbar pertama publick occurrences (1960) diterbitkan di boston new letter.akhbar ini dimusnahkan kerana tidak mendapat kebenaran dari pihak pemerintah.
(1971) surat akhbar tidak lagi disekat di amerika syarikat dan berperanan sebagai media.
MALAYSIA abad ke-19 akhbar merupakan media menyedarkan kesedaran kebangsaan kepada masyarakat melayu untuk bersatu.
Jenis-jenis akhbar untuk kaum muda dan kaum tua
a)     al-imam
b)     neracha
c)      pengasuh
d)     suara benar
akhbar mempunyai 2 jenis iaitu:
1.      tabloid
2.      broadsheet
kini kebanyakkan akhbar telah beralih kepada tabloid seperti berita harian dan new straits times (NST) ini kerana untuk mudah dibaca dan menarik.


2.3 Surat Khabar

MEDIA ELEKTRONIK
Merupakan alat saluran komunikasi yang menggunakan elektronik moden seperti radio dan televisyen.
MALAYSIA (1930) melalui radio amatur kuala lumpur menerusi udara.
(1937) kerajaan colonial british menubuhkan british Malayan broadcasting corporation di singapura
Perang dunia kedua (1941-1945) berlaku jepun melarang semua orang mempunyai radio semasa itu kerana tidak mahu pihak british memberi maklumat.


TAHUN
SEJARAH
1946
Tanpa wayar
1963
Siaran hitam putih rtm1
1969
Siaran hitam putih rtm2
1970
Stesen satelit bumi di kuantan sedia menyambungan siaran kepada sabah dan Sarawak dan luar Negara
1973
Teknologi moden barat banyaj memberi siaran berwarna
1978-1983
Tv berwarna
1984
Tv swasta pertama tv3
1989
Pelancaran stesen radio swasta-suara johor
1994
Pelancaran metrovision,time highway radio
1998
Ntv7 sebagai saluran terestrial.
2.4  kronologi media awal elektronik di malaysia







JENIS-JENIS MEDIA ELEKTRONIK
Televisyen

Berasal dari bahasa greek iaitu tele (jauh) bahasa latin visio ( penglihatan ).philo farnworth menggunakan sebuah tabung vakum untuk menangkap gambar dan mempamerkan secara elektronik di layar.

Radio
Sebuah alat menyampaikan maklumat melalui gelombang electromagnet.james clerk Maxwell mempunyai teori gelombang electromagnet dan digelar sebagai bapa radio.
Internet
Adalah rangkaian computer antarabangsa yang boleh digunakan seluruh dunia.internet bermula pada ogos 1962 dicipta oleh j.c.r licklider dan berkonsepkan galactic network.ini membolehkan manusia mengakses data dan program di mana-man sahaja.


Telefon
Berasal dari bahasa yunani tele (jauh) dan phone ( suara ) dan merupakan alat komunikasi yang menggunakan pemancar.pada 1849 telefon di perkenalkan oleh Antonio meucci di Havana.
MALAYSIA bermula di perak pada tahun 1876 melalui telegraf.1891 perkhidmatan telefon telah mula diperkenalkan.1895 terdapat 21 buah telefon di kuala lumpur
2.3 Peranan Penyiaran Islam
Penyiaran dianggap sebagai jalan untuk mengenali Allah SWT dengan lebih dekat. Oleh sebab itu, apabila dilaksanakan dengan ihklas kerana Allah semua kerja yang berkaitan dengan penyiaran dikira satu ibadah. Sistem “public service” menjadi model penyiaran yang lebih hampir kepada perspektif Islam kerana memenuhi kehendak islam. Sistem ini memberikan keutamaan dalam menjaga kepentingan masyarakat berbanding dengan kepentingan pemerintah yang hanya cenderung kepada politik dan ekonomi.

Unsur komersial yang menjadikan keuntungan sebagai keutamaan siaran sesebuah program dan berorientasikan pasaran merupakan unsur yang tidak terkandung dalam Islam. Namun, kebanyakan media penyiaran hari ini menjadikan hasil komersial untuk menjana pendapatan dan keuntungan pada mereka untuk memperoleh dana melalui iklan. Sedangkan konsep ini bertentangan dengan akhlak dan pandangan islam kerana Islam mementingkan keperluan masyarakat daripada kepentingan peribadi untuk syarikat pengiklanan mereka sendiri.

Disebabkan itu, model penyiaran Islam perlulah menerapkan input kod etika penyiaran berlandaskan ajaran Islam dalam mengawal semua bentuk operasi. Terdapat dua media penyiaran yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat di Malaysia, iaitu talevisyen dan radio menjadi saluran utama untuk badan kerajaan menyampaikan mesej-mesej pembangunan.
Antara peranan utama medium penyiaran islam di Malaysia adalah :-
a)     Penyiaran Islam berperanan sebagai pendidik (muaddib) kepada masyarakat agar melaksanakan segala perintah yang datang daripada Allah SWT dan menjauhi segala larangannya. Tugas mereka sebagai medium penyiaran dakwah haruslah berlandaskan syariat dan ajaran Islam yang syumul.
b)     Penyiaran Islam berperanan sebagai agen informasi (musaddid), iaitu menjadi penghalang dan menangkis maklumat yang sering disalahtafsirkan oleh pihak orientalis barat yang sekian lama menjadi musuh utama Islam dari pelbagai sudut antaranya penyiaran dakwah. Disebabkan itu, tugas penyiaran Islam adalah sebagai agen informasi dalam menyampaikan maklumat yang benar tentang Islam dan bertanggungjawab untuk meningkatkan kefahaman masyarakat Islam tentang Islam. 
c)      Penyiaran Islam berperanan sebagai pembaharu (mujaddid), iaitu penyebar fahaman pembaharuan akan pemahaman dan pengajaran amalan Islam.
d)     Penyiaran Islam berperanan sebagai penyatu (muwahhid) yang mampu menjadi jambatan yang akan menyatupadukan seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia.
e)      Penyiaran Islam berperanan sebagai pejuang (mujahid), iaitu berjuang dan membela Islam. Melalui penyiaran dan bidang media lain, pengamal bidang penyiaran dan media yang lain seharusnya bekerja kerasuntuk membetuk pendapat umum yang mendorong tertegaknyanilai-nilai Islam.

2.3.1 Konsep Amar Makruf Nahi Mungkar
         Amar makruf nahi mungkar berasal daripada istilah dalam al-Quran yang bermaksud ‘mengajak manusia kepada Allah dan mentaati segala perintah Allah. Firman Allah dalam surah Ali’imran (3:104) bermaksud :
 “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (menyebarkan Islam), dan menyuruh melakukan perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang Berjaya”.




“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (menyebarkan Islam), dan menyuruh melakukan perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang Berjaya”.


Konsep Amar makruf nahi mungkar dalam penyiaran Islam banyak membantu manusia dalam perkara-perkara kebaika dan kemaslahatan. Revolusi falsafah penyiaran Islam di Malaysia terus berkembang pesat dengan kemunculan saluran-saluran TV yang berkonsepkan islamik. Dengan majoriti penonton beragama Islam, beberapa penerbit rangcangan pihak autoriti telah menguna pakai genre reality televisyen ini menjadi medium dakwah Islam sebagai satu program yang popular.

Gabungan hiburan dan dakwah, program-program berkonsepkan seperti ‘Imam Muda’, ‘Pencetus Umah’, ‘Dai’, ‘Al-kuliah’ ‘Tanyalah Ustaz’ ‘Forum Perdana Islam’ dan ‘Ustazah Pilihan’ yang disiarkan di media prima Astro oasis, Rtm, Tv9, Tv-Alhijrah dan Tv3 menjadi pilihan popular penonton pelbagai peringkat usia dengan mengaplikasikan genre dan format program reality sebagai hiburan baharu dalam menyampaikan dakwah.
Program realiti yang diterapkan dengan asas pemikiran dan kaedah dakwah yang beul mampu mendidik di samping memberikan hiburan kepada penonton selari dengan arus permodenan dunia penyiaran masa kini. Sistem TV ALHijrah merupakan stesen televisyen yang sesuai untuk menerapkan konsep  Amar makruf nahi mungkar  kerana stesen TV ALhijrah sentiasa menyiarkan program-program berteraskan Islam selain di selang selikan dengan berita semasa. Oleh sebab itu, akhlak menajdi asas dalam merancang fungsi penyiaran yang akan melahirkan produk akhir hasil penyiaran yang berpandukan kepada doktrin Amar makruf nahi mungkar . Dengan berpandukan prinsip ini, produk penyiaran akan menghasilkan keselamatan dan kesejahteraan kepada masyarakat dan bukan sebaliknya. Dengan kata lain, objektif tertinggi penyiaran Islam ialah memperoleh keseimbangan spiritual dan fizikal masyarakat.

2.3.2 Nilai-Nilai Murni dalam Penyiaran Islam
Dalam penyiaran Islam, cabaran yang sering dihadapi oleh umat Islam ialah tanggapan negatif yang sering dilemparkan kepada agama Islam dan umat Islam seluruhnya sering dikaitkan dengan keganasan da kekejaman. Degan adanya stesen TV islamik pertama di Malaysia, iaitu TV ALHijrah yang berfungsi untuk memupuk akhlak, moral, dan nilai-nilai yang mulia bagi membentuk peribadi Muslim yang unggul. Stesen televisyen ini merupakan platform untuk menerangkan dengan jelas mengenai Islam serta menerapkan unsur-unsur dakwah, nasihat, mendidik dan berhikmah menerusi kandungan rancangan televisyen yang disisarkan.

Menurut Sabri (2009), dalam usaha membentuk falsafah media menurut Islam, segala perancangan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunah. Antaranya media itu sendiri perlu berpaksikan kepada paradigma Tauhid, iaitu media atau kandungan yang dihasilkan tidak lari daripada ajaran Tauhid dan sekaligus menambah ketahuan kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, pemyiaran Islam yang berdasarkan wahyu perlu digubal dan dicadangkan agar selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa Islam ialah agama rasmi Negara ini. Oleh itu, nilai-nilai budaya juga perlu mengikut hokum dan peraturan yang ditetapkan oleh agama Islam.

Penubuhan TV ALHijrah sebenarnya telah mengangkat falsafah penyiaran berdasarkan ajaran agama Islam dan nilai-nilai universal selagi tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunah Nabi Muhammad SAW. Media merupakan satu medium yang boleh membawa dan mengajak seseorang kepada kebaikan serta menghindar kemungkaran. Maka, siaran-siaran yang membawa kepada kebaikan, faedah dan manfaat seperti yang dituntut agama perlu diperbanyakkan.
2.3.3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
   Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, kesilapan, mahupun kecuaian. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab sosial bagi semua lapisan masyarakat untuk saling nasihat-menasihati antara satu dengan yang lain demi menjaga kebaikan dan kemaslahatan bersama. Dengan sikap saling menjaga kemaslahatan dalam masyarakat menunjukkan kewujudan hubung kait antara iman dengan penyalahgunaan media penyiaran. Kewajipan sesama insan untuk saling tegur-menegur dan mengingatkan ke arah kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru    kepada kebaikan menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Surah Ali ‘Imran 3:104)

2.3.4 MAKLUMAT YANG TEPAT
   Penerimaan sesuatu maklumat yang disiarkan oleh stesen-stesen televisyen perlu ditapis dan dikenal pasti setiap kesahihan dan sumbernya untuk mengelakkan berlakunya berita palsu yang diterima. Rancangan televisyen yang disiarkan juga perlu berorientasikan ilmu dan bertujuan untuk mendidik. Setiap maklumat yang diterima dan akan disampaikan perlulah disaring dan dikenal pasti tujuannya serta mengetahui akan kesahihan dan sumbernya bagi mengelakkan berlaku kepalsuan maklumat yang disampaikan.

2.3.5 PELBAGAI DAN VARIASI
   Kini, di Malaysia sudah terdapat media penyiaran yang berkonsepkan semata-mata untuk penyebaran Islam seperti TV Alhijrah, Astro Oasis, IKIM f.m. dan SALAM f.m. Melalui media-media penyiaran ini dengan kepelbagaian rancangan yang berkonsepkan dakwah dapat membantu masyarakat memahami Islam dengan lebih mendalam dan mudah. TV Alhijrah yang kini sudah mencapai 5 tahun penyiarannya merupakan saluran televisyen digital Islam pertama di Malaysia yang bertujuan merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran percuma seluruh negara dan menerbitkan pelbagai variasi rancangan televisyen melalui media yang berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal. Kepelbagaian yang disiarkan berdasarkan aspek genre kandungan program TV Alhijrah adalah untuk kanak-kanak, remaja, wanita dan untuk tontonan keluarga


2.4 Penyiaran Islam sebagai Medium Dakwah
Penubuhan media penyiaran yang berkonsepkan Islam ini dilihat sebagai satu medium untuk mengembangkan dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Siaran bagi rancangan televisyen yang berkonsepkan dakwah ini akan dapat membantu memberikan kefahaman mengenai Islam dengan lebih mendalam dan mudah melalui bentuk audiovisual kepada audiens. Oleh itu, program-program keislaman di televisyen yang berbentuk dokumentari dan bual bicara memberikan peluang kepada para penonton untuk berinteraksi secara langsung dengan ahli panel yang diundangkan dan menganalisis inti pati yang disampaikan dengan lebih mudah dan rancangan-rancangan dakwah ini telah semakin mendapat hati penonton dan meraih rating yang tertinggi.
Media penyiaran Islam seperti TV Alhijrah yang beroperasi pada tahun 2009 merupakan inovasi baharu dalam penyiaran Islam. Penubuhan stesen TV ini telah mencetuskan fenomena baharu dalam dunia penyiaran dengan pendekatan falsafah penyiaran yang berorientasikan Islam dan kandungan TV program yang telah disusun dan disiarkan untuk tontonan masyarakat. Konteks tajdid ataupun “renewal” dalam media penyiaran yang dibawa oleh stesen TV ini sekali gus mengangkat imej positif Islam ke seluruh pelosok dunia. Walaupun stesen TV ini masih baharu, namun konsep Islam yang diperkenalkan jelas memberikan perubahan besar dalam dunia penyiaran. Penubuhan media penyiaran yang berkonsepkan keislaman ini dianggap selari dengan peredaran masa dan sesuai pada alaf ke-21 ini.

2.4.1 Pengertian Dakwah
Menurut Kamus Dewan (2005), dakwah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. Menurut kesepakatan para ahli dakwah, pengertian dakwah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pengertian secara etimologi (bahasa) dan pengertian secara terminologi (istilah). Antara pengertian dakwah yang biasa kita fahami ialah meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Perkataan ‘dakwah’ berasal daripada Bahasa Arab, iaitu “da’a-yad’u” yang bermaksud memanggil, mengajak atau menyeru. Menurut Kamus al-Munjid (2008) dakwah secara etimologi, perkataan dakwah bermaksud panggilan, seruan, doa, ajakan, undangan dan propaganda.
Pengertian dakwah menurut terminologi telah didefinisikan oleh beberapa orang sarjana Islam dan ahli dakwah seperti dalam jadual 2.8.


Jadual 2.8 Pengertian dakwah mengikut Sarjana Islam
Sarjana/
Tokoh Islam
Definisi Dakwah
Muhammad al-Ghazali
Dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, dengan kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup serta bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.
Yusof al-Qaradawi
Dakwah ialah usaha membawa orang lain kepada agama Islam supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapan di muka bumi ini, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan dari Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah  kemungkaran dan berjihad ke jalan-Nya.
Adam Abdullah al-Auri
Dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampjr mereka terjerumus ke dalamnya.
Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal
Dakwah bermaksud usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.
Ra’uf Shalabi
Dakwah ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada cahaya dan keadaan sempit kepada lapang, di dunia dan di akhirat.
Hamzah Ya’qub
Dakwah ialah mengajak umat manusia dengan hikmah kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya.
Toha Yahya Omar
Dakwah ialah mengajak manusia dengan cara bijaksana kepada jalan yang sesuai dengan perintah Allah  untuk kemaslahatan dan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat.
Fuad Amsyari
Dakwah ialah membuka kebenaran Islam ke sekitar kita dengan motif utama menyelamatkan manusia dan lingkungan daripada kerosakan.

Berdasarkan pengertian dakwah yang telah dijelaskan oleh beberapa orang sarjana dan tokoh Islam tersebut, dapat disimpulkan bahawa, definisi dakwah ialah satu usaha seseorang atau berkumpulan untuk menyeru manusia dengan menggunakan beberapa pendekatan tertentu bagi membawa manusia kepada keredaan Allah SWT.
Sebenarnya, berdakwah bukanlah sesuatu perkara yang sukar kerana nasihat merupakan satu bentuk dakwah. Perkongsian ilmu dengan orang lain dapat mengajak mereka bersama-sama melakukan sesuatu perkara yang baik. Hal tersebut juga merupakan satu kebajikan kepada umat Islam (ilmu yang baik). Seruan dakwah ini disebut di dalam al-Quran dalam surah al-Nahl yang bermaksud:
“Seruan ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu hanyalah Dia yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan hanyalah Dia yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah.” 
                                                                                                              (Surah al-Nahl 16:125)

2.4.2 Kaedah Dakwah
Dakwah Rasulullah SAW bermula dengan menyeru kepada isteri-isterinya, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda hingga kepada raja-raja yang berkuasa pada masa tersebut. Antara raja-raja yang mendapat surat atau risalah daripada Rasulullah SAW ialah Kaisar Heraklius dari Byzantium, Mukaukis dari Mesir, Kisra dari Persia (Iran) dan Raja Najasyi dari Habasyah (Ethiopia).
Terdapat beberapa kaedah dakwah yang selalu digunakan dalam menyampaikan dakwah kepada manusia seperti:
a) Dakwah Faradhiyah
(i) Kaedah dakwah yang dilakukan oleh seseorang kepada individu atau kepada beberapa orang dalam jumlah yang kecil dan terhad.
(ii) Contoh: Menegur atau menasihati rakan sekerja.
b) Dakwah Ammah
(i)Dakwah ini disampaikan oleh seseorang secara lisan untuk disampaikan kepada orang ramai. Contohnya, menyampaikan dakwah secara khutbah (pidato).

c) Dakwah Bil-Lisan
(i) Kaedah dakwah yang disampaikan kepada orang ramai melalui lisan. Contohnya, ceramah, dialog, khutbah dan sebagainya.
d) Dakwah Bil-Haal
(i) Juga dikenali sebagai dakwah bil-Qudwah merupakan dakwah yang disampaikan kepada manusia melalui sikap, perbuatan atau tauladan. Dakwah melalui perbuatan ialah dakwah yang paling banyak mempengaruhi manusia. Contohnya, solat pada awal waktu, membantu kegiatan dakwah.
e) Dakwah Bil-Tadwin
(i) Atau dikenali dengan nama dakwah bil-Qalam / bil-Kitabah dengan menggunakan kaedah melalui tulisan. Contohnya, menulis di surat khabar, majalah, internet, buletin atau buku.
Selain kaedah di atas, terdapat tiga kaedah dakwah yang digunakan sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran dalam surah al-Nahl ayat 125 yang bermaksud:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu hanyalah Dia yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan hanyalah Dia yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah.”
                                                                                                 (Surah al-Nahl 16:125)
Tedapat tiga kaedah dakwah, iaitu al-Hikmah, al-maw’izahah dan al-mujadalah.
1. Kaedah al-Hikmah
a) Dalam Surah al-Nahl, ayat 125; Allah berfirman dengan memerintahkan Rasul-Nya agar menyeru umat manusia dengan penuh berhikmah. Ibnu Jarir juga mengatakan bahawa apa yang diturunkan kepada beliau berupa al-Quran dan Sunnah serta pengajaran yang baik yang di dalamnya terkandung larangan dan berbagai-bagai peristiwa agar mereka berwaspada terhadap seksaan Allah SWT.
b) Perkataan al-hikmah disebut sebanyak 20 kali dalam al-Quran, iaitu dalam 19 ayat pada 12 surah. Dari segi Bahasa, hikmah membawa maksud kebijaksanaan, pendapat yang bagus, ilmu, pengetahuan, kenabian, keadilan pepatah dan juga membawa maksud al-Quran al-Karim.
c) Maksud al-hikmah yang terkandung dalam al-Quran mengandungi tiga pengertian. Pertama, al-hikmah membawa maksud “penelitian terhadap sesuatu perkara secara mendalam dengan menggunakan akal dan pemikiran”. Kedua, al-hikmah yang membawa maksud “memahami rahsia-rahsia hokum dan maksud-maksudnya”. Ketiga, al-hikmah bererti “kenabian atau nubuwwah”.
d) Al-hikmah dalam ayat “id’u ila sabili rabbika bil-hikmah” menurut al-Maraghi ialah perkataan yang jelas yang disertakan dengan dalil sehingga dapat menjelaskan kebenaran dan menghilangkan keraguan. Muhammad Abduh pula mendefinisikan al-hikmah sebagai ilmu yang sahih yang mampu membangkitkan kemahuan untuk melakukan sesuatu perbuatan yang memberikan manfaat dan mengetahui rahsia serta faedah setiap sesuatu.
2. Kaedah al-Maw’izah al-Hasanah
a) Kaedah ini merupakan kaedah kedua yang terkandung dalam surah al-Nahl. Maw’izah berasal daripada perkataan “wa’iza” yang membawa maksud nasihat. Maw’izah juga membawa maksud menasihati dan mengingatkan akibat terhadap sesuatu perbuatan, menyuruh untuk mentaati dan memberikan peringatan supaya sentiasa taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Maw’izat ialah nasihat yang mempunyai ciri-ciri khusu kerana mengandungi al-haq (kebenaran) dan bersepadu antara akidah dan akhlak serta mempunyai nilai-nilai universal.
b) Maw’izah disifatkan dengan hasanah kerana nasihat ada yang baik dan ada yang buruk.
c) Kaedah dakwah ini merupakan cara berdakwah yang mudah dan tidak menyusahkan dalam menyeru manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
3. Kaedah al-Mujadalah
a) Perkataan al-Mujadalah berasal daripada perkataan “Jadala” yang membawa maksud perbincangan atau perdebatan. Perkataan “Jadala” diulang sebanyak 29 kali di dalam al-Quran. Perbincangan yang dimaksudkan mempunyai tiga perkara penting iaitu menyembunyikan kebenaran, mempunyai ilmu dan kepentingan, peribadi di dunia. Namun dalam kaedah ini, menitikberatkan dakwah secara ilmu kerana perbincangan disertai dengan ilmu akan melahirkan pemikiran yang tinggi dan keilmuan yang cukup.

2.4.3 Etika Dakwah
Etika mempunyai pelbagai definisi. Contoh definisi daripada H.Hamzah, etika ialah ilmu yang menyelidiki mana yang baik dan buruk dengan memperhatikan amal perbuatan manusia sejauh yang dapat diketahui oleh akal.
Dapat disimpulkan bahawa etika pada dasarnya adalah satu cabang ilmu falsafah yang membuat penyelidikan tentang moral dan tingkah laku manusia dari segi tindakan baik dan buruk yang seharusnya diketahui dan sepatutnya diamalkan dalam kehidupan sama ada dari sudut individu, masyarakat dan negara.
Dakwah dari segi Bahasa bererti mengajak atau menyeru. Dakwah menurut istilah ialah mengajak manusia supaya sentiasa membuat ibadah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Dakwah al-Quran dan hadis telah diterangkan tentang etika dakwah bagi sebagaimana etika dakwah yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah kepada umat manusia ketika itu.Antara etika dakwah yang diterangkan ialah:
1. Qaulan Sadida
"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan Qaulan Sadida perkataan yang benar "(QS. An-Nisa 9).
Al-Qasyani berkata bahawa Sadad dalam dalam perbincangan bermakna berkata dengan kejujuran dan dengan kebenaran dari situlah terletak unsur segala kebahagiaan, dan pangkal dari segala kesempurnaan; kerana yang demikian itu berasal dari kemurnian hati.dalam lisanul A'rab Ibnu Manzur berkata bahawa kata sadied yang dihubungkan dengan qaul (perkataan) mengandung arti sebagai sasaran.
Dari beberapa pengertian yang telah dikemukakan diatas, dapatlah dikatakan bahawa yang dihubungkan dengan kegiatan penyampaian mesej dakwah adalah model dari pendekatan bahasa dakwah yang bernuansa persuasif. Moh. Natsir dalam Fiqhud dakwahnya mengatakan bahawa, Qaulan Sadida adalah perkataan lurus (tidak berbeli-belit), kata yang benar, keluar dari hati yang suci bersih, dan diucapkan dengan cara demikian rupa, sehingga tepat mengenai sasaran yang dituju yakni sehingga panggilan boleh sampai mengetuk pintu akal dan hati mereka yang di hadapi.

Dari segi bahan, komunikasi Islam harus memaklumkan atau menyampaikan kebenaran, fakta, perkara yang benar sahaja, jujur, tidak berbohong, juga tidak merekayasa atau memanipulasi fakta. Dari segi redaksi, komunikasi Islam harus menggunakan kata-kata yang baik dan benar, baku, sesuai kadiah bahasa yang berlaku. Dari segi redaksi, komunikasi Islam harus menggunakan kata-kata yang baik dan benar, baku, sesuai kadiah bahasa yang berlaku.
2. Qaulan Baligha (Perkataan Yang Membekas Pada Jiwa)
Ungkapan qaulan Baligha terdapat pada surah an-Nisa ayat 63
 "Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka.karena itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka Qaulan Baligha -perkataan yang berbekas pada jiwa mereka. "(QS An-Nissa: 63).

Pengertian qaulan Baligha menjadi dua, qaulan Baligha terjadi bila da'i (komunikator) menyesuaian pembicaraannya dengan sifat-sifat khalayak yang dihadapinya. Kedua, qaulan Baligha terjadi bila komunikator menyentuh khalayaknya pada hati dan otaknya sekaligus.
Jika diteliti pengertian qaulan Baligha yang diungkapkan maka dapat disimpulkan bahawa kata Qaulan Baligha artinya menggunakan kata-kata yang berkesan, tepat sasaran, komunikatif, mudah difahami, langsung ke pokok masalah (straight to the point), dan tidak berbelit-belit atau bertele-tele . Agar komunikasi tepat sasaran, gaya bicara dan pesan yang disampaikan hendaklah disesuaikan dengan kadar intelektualitas komunikan dan menggunakan bahasa yang difahami oleh mereka.
 "Berbicaralah kepada manusia sesuai dengan kadar akal (intelektual) mereka" (H.R. Muslim).
 "Tidak kami utus seorang rasul kecuali ia harus menjelaskan dengann bahasa kaumnya" (QS.Ibrahim: 4)

3. Qaulan Ma'rufa (Perkataan Yang Baik)
Qaulan Ma'rufa juga bermakna pembicaraan yang bermanfaat dan menimbulkan kebaikan (maslahat). Sebagai muslim yang beriman, perkataan kita harus terjaga dari perkataan yang sia-sia, apapun yang kita ucapkan harus selalu mengandung nasihat, menyejukkan hati bagi orang yang mendengarnya. Jangan sampai kita hanya mencari-cari kejelekan orang lain, yang hanya boleh mengkritik atau mencari kesalahan orang lain, memfitnah dan menghasut.
"Qulan Ma'rufa perkataan yang baik- dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima) .Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (QS. Al-Baqarah: 263).
4. Qaulan Karima (Perkataan Yang Mulia)
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada kedua orangtuamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali kali janganlah kamu mengatakan kepada kedanya perkatan 'ah' dan kamu janganlah membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Qaulan Karima -ucapan yang mulia "(QS. Al-Isra: 23 ).
Dakwah dengan qaulan karima adalah orang yang telah lanjut usia, pendekatan yang digunakan adalah dengan perkataan yang mulia, santun penuh penghormatan dan penghargaan tidak menggurui tidak perlu retorika yang meledak-ledak. Term qaulan karima terdapat dalam surat al-Isra ayat 23
Dalam konteks kewartawanan dan penyiaran, Qaulan Karima bermakna menggunakan kata-kata yang santun, tidak kasar, tidak kesat.
5. Qaulan layyinan (Perkataan Yang Lembut)
Qaulan layyinan tardapat dalam surah Thaha ayat 43-44 secara harfiah berarti komunikasi yang lemah lembut (layyin).
 "Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan Qulan Layina kata-kata yang lemah-lembut ..." (QS. Thaha: 44).
 Dari ayat tersebut maka dapat ditarik kesimpulan bahawa Qaulan Layina berarti pembicaraan yang lemah-lembut, dengan suara yang enak didengar, dan penuh keramahan, sehingga dapat menyentuh hati maksudnya tidak mengeraskan suara, seperti membentak, meninggikan suara. Siapapun tidak suka bila bercakap dengan orang-orang yang kasar. Rasullulah selalu bertuturkata dengan lemah lembut, hingga setiap kata yang beliau ucapkan sangat menyentuh hati siapapun yang mendengarnya.Dalam Tafsir Ibnu Katsir disebutkan, yang dimaksud layina ialah kata kata sindiran, bukan dengan kata kata terus terang atau lugas, apalagi kasar.
Dengan demikian, dalam komunikasi Islam, semaksimal mungkin dihindari kata-kata kasar dan suara (intonasi) yang bernada keras dan tinggi. Allah melarang bersikap keras dan kasar dalam berdakwah, kerana kekerasan akan menyebabkan dakwah tidak akan berjaya malah ummat akan menjauh. Dalam berdoa pun Allah memerintahkan agar kita memohon dengan lemah lembut.
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lemah lembut, sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas," (QS. Al A'raf ayat 55)
6. Qaulan Maisura (Perkataan Yang Ringan)
"Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat dari Tuhannya yang kamu harapkan, maka katakanlah kepada mereka Qaulan Maysura ucapan yang mudah" (QS. Al-Isra: 28)
  Dakwah dengan qaulan Maisura yang artinya mesej yang disampaikan itu sederhana, mudah difahami dan dapat difahami secara spontan tanpa perlu berfikir dua kali.
2.4.4 Medium Dakwah
Dakwah merupakan seruan kepada umat manusia terhadap sesuatu perkara dan menggalakkan mereka bagi mendapatkan sesuatu hasil. Sebagaimana, firman Allah SWT yang bermaksud:
‘Allah menyeru manusia ke Dar Salam(tempat kediaman yang selamat sentosa’
Surah Yunus 10:25
Ayat ini menjelaskan bahawa manusia perlu patuh dan taat kepada Allah supaya mendapat tempat yang selamat di akhirat kelak, iaitu syurga. Oleh itu, dakwah merupakan cara untuk menyeru manusia supaya berbuat baik dan supaya manusia patuh kepada perintah Allah SWT. Sehubungan dengan itu, untuk mengajak manusia patuh kepada segala perintah Allah SWT, mestilah memalui medium yang sesuai mengikut peredaran zaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai kaedah dan medium telah dipraktikkan dalam menyampaikan mesej dakwah kepada manusia sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Jika mengikuti perkembangan dakwah dari dulu sehingga kini, dapat dilihat bahawa para pendakwah khususnya dan umat Islam umumnya tidak menggunakan sesuatu medan tertentu dan tidak pula mengehadkan sesuatu media tertentu sahaja yang boleh digunakan dalam menyampaikan dakwah ke pelosok dunia.
Sejak dahulu lagi, dakawah di Malaysia disampaikan melalui lisan dan tulisan yang disebarkan kepda individu dan kumpulan, sama ada secara bersemuka atau menerusi penyebaran bahan-bahan tulisan dan sebagainya. Perkembangan demi perkembangan yang dilalui, dakwah kemudiannya disampaikan selari dengan perkembangan zaman seperti melalui filem, video, kaset dan sebagainya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam aktiviti dakwahnya telah menggunakan teknologi terkini, termasuklah penggunaan internet.

Selain itu, penggunaan media elektronik di Malaysia terutamanya radio dan televisyen merupakan medium dakwah yang digunakan oleh kerajaan untuk menyampaikan dakwah. Pelbagai program berunsurkan keislaman yang disiarkan seperti Pencetus Umah, Tanyalah Ustaz dan sebagainya mendapat sambutan dan penerimaan dalam kalangan penonton.
Berdasarkan penerimaan umat Islam dalam menggunakan pelbagai bentuk media yang wujud sepanjang zaman, penggunaan multimedia sebagai medium malah merupakan satu kewajipan selagi penggunaanya selari dengan ajaran Islam yang mulia. Kepentingannya, ialah kesedaran umat Islam dalam menerima apa jua media sebagai medium dakwah kerana Islam dalam mengehadkan penggunaannya demi mencapai kejayaaan dalam usaha menyampaikan dakawah kepada umat manusai seluruhnya.

Kewujudan media social yang begitu pesat merupakan satu peluang yang baik bagi para pendakwah untuk lebih dekat dan mesra dengan masyarakat. Antara media social yang menjadi medium dakwah ialah Facebok, Youtube, Twitter, dan sebagainya. Kemunculan media social ini menunjukkan satu perkembangan yang sangat maju dalam inovasi teknologi baharu apabila mendapat sambutan yang hangat daripada penggunaan media social.

Zulkifli (2008) menyatakan bahawa media social kini merupakan satu fenomena kepada masyarakat dunia dan dilaporkan terdapat lebih daripada 500juta orang pengguna Facebok dan lebih 100juta pengguna Twitter diseluruh dunia. Di Malaysia, direkodkan bahawa 12juta orang rakyat mempunyai akaun Facebook. Dengan jumlah penggunayang ramai ini membolehkan media sosial dijadikan salah satu aktiviti dakwah untuk manfaat masyarakat. Antaranya ialah Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal yang mempunyai akaun media sosial dan pengikut yang ramai.
Menurut Solihin (2008) penggunaan Internet dalam menyampaikan dakwah perlu diberi keutamaan berbanding dnegan penggunaan media Tradisional. Hal ini kerana mesej merentas sempadan yang seterusnya mampu menyasar kepada pengguna bukan Islam malah segenap lapisan bangsa. Melalui penggunaan media, pelbagai kerperluan semasa umat Islam dapat dicurahkan oleh umat Islam dan yang sentiasa menjadi pilihan altenatif umat Islam sekarang. Penggunaan media dalam Islam seharusnya lebih menekankan konsep tauhid dan menjadikan Islam sebagai acuan hidup mereka.

Penutup

Kewujudan penyiaran Islam di Malaysia telah membawa satu sinar baharu kepada masyarakat  di negara ini. Jika dilihat pada masa kini, dakwah perlu disampaikan kepada masyarakat melalui  medium yang menarik dan cepat. Bermula daripada kemunculan Astro Oasis dan TV Alhijrah dengan program-program yang disiarkan berunsurkan agama dan program realiti TV yang berunsurkan Islamik telah menjadikan stesen televisyen ini mendapat rating tertinggi. Medium penyiaran     mempunyai kelebihan untuk menyampaikan mesej kepada khalayak dengan cepat dan dalam jumlah yang besar. Dalam menyebarkan  mesej dakwah, ternyata bahawa penyiaran di negara ini telah melalui liku-liku pengalaman tersendiri dan memainkan peranan penting sebagai sumber yang membekalkan khalayak dengan mesej Islam. Sentimen kesedaran khalayak kepada penghayatan islam telah diperkukuh dengan fungsi yang dimainkan oleh medium penyiaran dan ia dijadikan sebagai wadah untuk mempelajari ilmu-ilmu ilam serta tafsiran-tafsiran betul yang berkaitan dengannya. Memandangkan cabaran kewujudan pelbagai rangkaian dan persaingan pelbagai program, rancangan-rancangan agama di radio dan TV perlu sentiasa dipantau dan diperbaiki, sama ada dari aspek persembahan, format, panel dan juga imej keseluruhan, agar rancangan tersebut lebih menarik. Selain itu, penglibatan mereka dalam pengajian islam perlu dipertingkatkan dalam bidang penyiaran seperti penulis skrip, artis, penerbit serta pentadbir. Hal ini menjadikan media penyiaran di negara kita sentiasa berada dalam amar makruf dan nahi mungkar.

No comments:

Post a Comment